Friday, April 11, 2008

Mencari damai di hati

Salam untuk semua,
saya pohon maaf kerana sudah lama menyepi, dan kali ini saya kembali dalam versi bahasa melayu khusus untuk mencuba keupayaan saya menulis dalam bahasa ibunda saya. Sudah lama rupanya saya tidak berbuat demikian. Mungkin ada baiknya saya menulis dalam versi dwi-bahasa.. Sila beri respons anda OK!

dan,
sebagaimana yang dijanjikan saya akan berbicara tentang bagaimana ingin mencari damai di hati. Acapkali, saya menerima undangan untuk bercakap tentang hal ini dan saya mendapat galakan dari pendengar yang lain supaya saya berterusan berkongsi maklumat ini dengan semua orang.. Itulah yang saya lakukan sekarang..

baiklah,
damai di hati adalah rahsia besar orang yang berjaya. Ini adalah kerana dengan adanya damai di hati maka mereka ini dapat menumpukan sepenuh fokus dan tenaga mereka dalam melakukan sesuatu pekerjaan tanpa ada gangguan lain. Sudah diketahui umum, apabila jiwa dan dalaman kita tenang, produktiviti kita bertambah dan semestinya kita akan berjaya biar apapun bidang yang kita ceburi.

Ada hanya 3 perkara yang perlu dilakukan. Tidaklah begitu menyusahkan sebab hanya tiga perkara yang perlu diikuti...
Akan tetapi ketiga-tiga perkara ini perlulah dilakukan kalau boleh sepanjang masa, dan kalau tidakpun sekurang-kurang sekali setiap hari. Dan kita mestilah melakukan perkara ini setiap hari secara sedar.. iaitu dengan pasti kita perlu berusaha supaya kita melakukan ketiga-tiga perkara tersebut.

Pertama:
Berdoa. Ini adalah rahsia yang tidak menjadi rahsia lagi. Akan tetapi kita hanya tahu bercakap tetapi amat sedikit antara kita yang mengamalkannya dan menhayatinya setiap hari. Berdoa beerti menyandarkan harapan dan impian kita kepada suatu kuasa yang Agung dan menaruh sepenuh keyakinan kita bahawa kuasa Agung itu sahajalah yang berupaya mengurniakan impian kita tersebut. Maka dengan itu kita membuang tekanan di dalam minda separuh sedar kita dalam usaha mengejar impian tersebut. Maka kita lebih tenang dan yakin.

saya beri satu contoh di sini. Kita tidak mahu anak kita yang disayangi terlibat dalam kemalangan jalanraya. jadi kita memastikan kita mengajar beliau cara melintas jalan yang betul, kita memastikan kita memegang tangan mereka ketika melintas dan kita memarahi mereka ketika mereka bermain di tepi jalan yang sibuk. Akan tetapi, dalam masa yang sama, kita tiada berdoa terhadap keselamatan anak kita.. Ya..Kita kata kita berdoa, tetapi kita tidak lakukan dalam keaadaan sedar akan maksud yang di doakan. dalam ertikata yang lain kita tidak betul-betul meminta daripada yang Maha Agung, sedangkan kita memberikan masa, tenaga dan wang ringgit dalam melakukan yang terbaik atas tujuan berikut.

Tidakkah ini megundang satu persoalan dalam jiwa kita semua?

Kita hanya manusia biasa, dan kita tahu kita tidak mampu menetapkan banyak perkara, akan tetapi kita masih berlagak macam kita berupaya melakukan semuanya, termasuklah mencegah anak kita dari terlibat dalam kemalangan!
Jadi, memikirkan perkara di atas, jika kita melakukan yang terbaik sekalipun, kita masih tidak boleh mencegahnya 1oo%! Mungkin ada individu lain yang mabuk yang datang melanggar dari belakang walaupun kita sudah begitu berhati-hati.

jadi, kita hanya boleh melakukan apa yang terbaik dan terdaya sahaja. Selebihnya, usahlah membebankan fikiran kita. berdoa sahaja.. Mintalah apa yang terbuku di hati dan mintalah dengan bersungguh-sungguh dan penuh harapan dan keyakinan..

hasilnya amat menakjubkan.. Percayalah.

Akan tetapi kita perlu berterusan melakukannya.. setiap masa dan ketika kalau boleh.

Ini adalah resepi utama dalam mencari damai di hati. Tanpa syarat ini, maka kedua-dua syarat yang berikut pun tiada membawa sebarang makna. Berdoalah setiap ketika dan berdoalah dari hati kecil kita sendiri. Kita akan tahu, bahawa kita tidak akan mampu menipu diri kita sendiri. hanya diri kita sendiri yang mampu menyelami apa yang kita mahukan..

saya akan berbicara lagi tentang hal ini di waktu yang lain tentang bagaimana untuk berdoa. OK

Dua lagi perkara saya hanya akan sebut di sini, dan saya akan huraikan kemudian disebabkan kesuntukan masa.

Kedua: Pegang niat yang asal (stick to the original desire)
Ketiga: Mulalah memberi (start giving, instead of asking)

saya akan menulis lagi..OK. Sehingga itu jumpa lagi di lain masa.

Nawar

4 comments:

wadie_sufeeboi said...

betul kta dr nawar... doa adalah senjata orang mukmin... tanpa senjata bagaima kita hendak berperang.. lebih baik mengaku kalah je.
bagi saya, seoarang pelajar perubatan, konteks 'berperang' itu adalah berusaha untuk menghadapi peperiksaan.ada kalanya saya pernah mengalah kerana masih gagal walaupun telah berusaha bersungguh2 dan juga berdoa. namun mujurlah saya sedar selepas itu yang Allah sebenarnya sangat sayangkan saya, Allah memberi peluang kepada saya untuk saya terus berusaha dan berdoa. dan balasannya, saya semakin dekat denganNya selepas itu... Allahuakbar

anak pak pin panjang said...

Salam Wadie
Mulalah memberi kepada orang lain pula. Bukan senang untuk kita mendapat pengajaran sedemikian. Maka, apabila berkesempatan, ajarlah pula orang lain dengan penuh ikhlas.. tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima

ida masri said...

assalamualaikum,
First and foremost i would like want to congratulate our dearest teacher,Dr Nawar for all his time and effort in making this blog a reality.
Doa itu tidak boleh dijadikan satu pulau sendirian sebaliknya suatu usaha berterusan dilengkapi dgn Usaha, Iltizan dan Tawakal (DUIT).
In short,“kesempurnaan usaha melengkapi syarat kemenangan”

p/s:"damai di hati":this is one of the most sincerest piece of advice that i'd ever heard over the years..
Miracles do happen, and doa is the only way to make it.and doa is the biggest and the sweeetst gift He's bestowed on us..
terima kasih allah..
alhamdulillah..

Anonymous said...

dr rasanye dh cukup lama masa untuk sambungan nya..

Saya kembali selepas 3 bulan menyepi..

Maaf dipinta kepada semua. Atas beberapa sebab yang tak dapat dinyatakan di sini, saya terpaksa rehat sebentar. Akan tetapi sekarang saya ak...