Saturday, May 17, 2008

Melayu dan 'Malaysian'

Salam untuk semua,
Sudah sekian lama saya membisu dan tidak berkesempatan menguruskan blog ini. Tulisan pun banyak yang terpaksa di simpan dahulu. Akan tetapi, saya terpaksa menulis hari ini selepas hati rasa membara membaca coretan Tun Dr Mahathir di dalam blognya.

Saya pohon maaf kerana hari ini saya akan berbicara tentang politik. Tidak semua mungkin bersetuju dengan saya akan tetapi, inilah coretan saya berdasarkan kisah hidup dan kepercayaan saya sendiri.

Saya tidak akan mengulas tentang senario politik sekarang secara terperinci lagi. Tetapi, saya akan membincangkan tentang pandangan saya tentang apakan arah tuju kita selepas ini.

Saya nampak kehancuran UMNO dan orang Melayu akan kehilangan kuasa politik mereka dalam masa terdekat, yakni dalam masa setahun dua ini. Pilihanraya akan datang akan menyerlahkan kenyataan saya ini. Dan akan timbul begitu banyak isu lagi berkenaan hal ini. Tidak mustahil perkara ini akan berlarutan sehingga menimbulkan kekacauan dan haru biru di dalam negara kita.

Berikut adalah huraian saya:
1. 'Trend' politik yang berlaku sekarang menunjukkan bahawa orang Melayu sudah tidak berani mengaku mereka itu Melayu yang menerima banyak hak-hak keistimewaan Melayu seperti yang termaktub di dalam perlembagaan Malaysia. Mereka begitu segan dan malu untuk mengakui bahawa mereka adalah bangsa yang di bantu sepanjang hayat. Orang bukan Melayu pula mengambil kesempatan yang jarang-jarang tiba ini untuk mengungkit kembali banyak peristiwa dan isu yang selama ini menjadi dendam dan inti ketidakpuasan hati mereka.
Kedua-dua perkara ini jika diperhatikan secara terperinci akan membawa kepada kehilangan 'ketuanan' Melayu seperti yang dihuraikan oleh TDM di dalam blognya. Tuduhan bermain 'racial card' akan di berikan jika ada individu-individu tertentu yang memperjuangkan bangsa sendiri, tanpa mengutamakan konsep bangsa Malaysia. Maka, lebih ramai orang Melayu akan membisu kerana takut dituduh sedemikian. Maka lebih kuat pula orang bukan Melayu yang akan menekan isu ini dalam ertikata peluang yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Tiada pernah dalam sejarah orang bukan Melayu mendapat peluang sebegini rupa..

2. Saya tidak dapat melihat bagaimana UMNO dapat diselamatkan. Maka, dengan kematian UMNO maka, akan matilah sejarah yang memegang kuasa politik orang Melayu selama ini. Ada pihak-pihak tertentu yang berkata, parti lain juga memperjuangkan hak-hak orang Melayu dan orang Melayu akan terus terbela walaupun UMNO sudah berkubur. Ada pula yang marah kenapa asyik bercakap tentang orang Melayu sedangkan kita sudah sepatutnya bercakap tentang bangsa Malaysia, seperti orang Indonesia.
Berkuburnya UMNO beerti kuasa yang dipegang selama ini akan dibahagikan semula kepada pihak lain. Bagaimana dan apakah corak dan bahagiannya, tidaklah saya dapat menghuraikan pada waktu ini. Yang pasti, orang Melayu akan mencari-cari semula pada waktu itu. Harapan untuk membunuh kerakusan pemimpin UMNO dengan membunuh parti UMNO itu akan mendedahkan orang Melayu kepada satu kuasa baru. Tetapi, perlu di ingat, orang bukan Melayu pula sudah melompat riang menggunakan peluang yang sudah lama ditunggu.

3. Saya tidak dapat melihat kematangan seluruh rakyat Malasia tentang isu untuk me'Malaysian'kan bangsa Melayu, Cina dan India dan lain-lain kaum. Tidak kira siapapun latar belakang kita, kita sebenarnya masih terikat dengan label bangsa sendiri, dan kita sebenarnya tidak bersedia untuk menjadi satu bangsa, bangsa Malaysia. Kalaupun orang bukan Melayu kata mereka bersedia, akan tetapi orang Melayu yang menjadi majoriti kebanyakannya masih tidak bersedia. Maka, dalam keaadaan ini walaupun terdapat desakan yang kuat ke arah itu, penghayatannya akan berbeza. Masalah lain pula yang akan muncul selepas itu...

Banyak lagi sebenarnya yang ingin saya sebutkan tetapi atas pelbagai alasan biarlah saya sebutkan sahaja di sini. Silalah renungkan sendiri

4. Ketiadaan kuasa penuh dan mekanisme terus di kalangan Raja-raja Melayu untuk memberhentikan semua isu-isu politik ini.
5. Kehadiran individu-individu yang begitu cekap mengambil setiap peluang dan orang lain juga mengambil peluang atas inidividu individu ini atas kepentingan peribadi masing-masing.
6. Kelesuan orang orang cerdik pandai dalam memberikan respons yang meyakinkan untuk memperbetulkan keadaan.

Maka,
semua ini akan mengikis kuasa Melayu seperti selama ini.

Sebagai seorang Melayu yang datang dari lubuk kemiskinan, mendaki tangga kejayaan dengan bantuan penuh kerajaan, dan sekarang mampu berdikari, kehilangan kuasa Melayu itu tidak akan mendatangkan mudarat besar kepada saya dan anak-anak saya. Maka, saya sepatutnya menyokong perubahan ini untuk tidak lagi bergelar bangsa yang dibantu sepanjang hayat.

Akan tetapi,
Apabila memikirkan ramai lagi sanak saudara, jiran-jiran dan teman-teman di kampung, saya tahu, saya perlu berfikiran rasional. Tanpa bantuan seperti mana bantuan yang saya terima, mereka tidak akan dapat bersama-sama dengan saya di taraf sekarang. Mereka akan menjadi kuli selama-lamanya. Orang Melayu tiada punya mentaliti dan budaya seperti orang Cina, maka ketiadaan bantuan bermakna hukuman menderita. Secara kolektifnya, anak-anak mereka tidak akan sama seperti anak-anak saya.

Baiklah, saya dilatih untuk menjadi praktikal dalam menangani sebarang isu.

Saya tiada kuasa untuk melakukan perubahan besar dalam hal ini. Secara praktikalnya, saya merasakan biarlah semua ini berlaku. Orang Melayu pun tiada pilihan lain. Ada hikmah disebalik kehilangan kuasa ini. Biarlah mereka menderita, kerana hanya dengan cara itu sahaja mereka akan berjaya dan berusaha habis-habisan untuk survivor mereka dan anak-anak mereka, sama seperti orang bukan Melayu sewatu kedatangan mereka ke Tanah Melayu suatu masa dahulu. Biarlah kita kehilangan kuasa ini kerana hanya dengan cara itu sahaja kita dapat mengenang kembali suatu masa dahulu kita pernah berkuasa, dan kita membiarkan kuasa itu hilang begitu sahaja. Orang Melayu perlukan peringatan sebegini, tetapi dalm bentuk yang 'real' dan bukannya retorik semata-mata.
Harapan saya ika itu berlaku, janganlah pula orang Melayu yang pernah dibantu suatu masa dahulu, dan sekarang mengecap nikmat bahagia lupa untuk membantu mereka yang menderita.

Bila kita tiada pilihan, usahlah berfikir panjang. Kalau kita masih ada pilihan, lakukan sesuatu sebelum terlambat.
mari kita sama-sama renungkannya.

Nawar

4 comments:

mie said...

Salam saudara,

saya amat bersetuju dengan pendapat saudara.

pandangan saya pula, UMNO bukan tidak relevan, tetapi prestasi UMNO yang menjadikan UMNO tidak relevan di mata rakyat.

kita boleh lihat daripada pemerintahannya sebelum PRU 12.

kapalkeras said...

ibnu pak pin panjang,

saya juga tidak berapa faham selok belok politik.

tapi saya bersetuju dengan coretan saudara. setidak-tidaknya atas nama melayu.

anak pak pin panjang said...

Salam Saudara Mie dan Khair,

Jarang-jarang saya mendapat comments. Akan tetapi saya percaya kepada konsep peluang yang terbaik berada di dalam gengaman kita sekarang, dan bukannya yang berada di depan mata.

Terima kasih.

Saya dan saudara-saudara sekelian perlu mencuba untuk melakukan apa yang terbaik (dalam kapasiti kita sendiri) untuk memberitahu orang lain pula. Terlalu banyak orang hanya bersetuju tetapi tidak melakukan apa-apa yang mencerminkan persetujuan itu.
Bertindaklah mengikut kemampuan saudara sendiri.
Kita mampu berjuang untuk kebaikan Bangsa kita sebelum terlambat.
Lakukan sesuatu dan mulalah memberi sepenuhnya dengan ikhlas. Apa yang boleh di beri? Saudara fikirkan sendiri dan mulalah memberi dengan ikhlas. jangan tunggu lagi.
Ini bukan lagi masa untuk kita menerima, tetapi untuk kita banyak memberi..
Semoga Allah memberkati usaha kita semua

Amin

Nawar

Anonymous said...

Salam,

found your profile interesting and saw ur comment in chedet's blog..r u on facebook? i also would like to learn things u mentioned earlier on ur 1st posting.boleh ker? :)

donkhairul@gmail.com

Saya kembali selepas 3 bulan menyepi..

Maaf dipinta kepada semua. Atas beberapa sebab yang tak dapat dinyatakan di sini, saya terpaksa rehat sebentar. Akan tetapi sekarang saya ak...